歌曲 / 歌词

Melastik Ke Bintang

Listen on Apple Music

歌词

Oh-oh-oh
Berapa jauh harus kembara
Hingga bisa temu jawapan?
Berapa lama mahu kecewa
Sebelum kita berjaya?
♪
Hey
♪
Berapa punca harus didaki
Hingga sampai hasrat di hati?
Berapa kali mesti tersungkur
Sebelum sanggup berlari?
Cakera waktu deras bagai bersayap
Menggugat tekad semangat
Kita yang ingin mencari
Suatu kepastian
Yeah, yeah
♪
Walau nipis harapan menang
Namun kita mesti berjuang
Kerana tiada yang mustahil
Biarpun melastik ke bintang
Dengarkan, teman, jeritan sanubariku
Semoga bangkit kembali
Bersama kita menjulang
Impian silam, yeah, yeah
♪
Oh-oh, hey
Dengarkan, dengarkan, dengarkan
Melastik ke bintang
Biarpun
Melastik ke bintang, ke bintang
Yeah, hey