歌词
Oke, marilah untuk persembahan seterusnya
Rangkaian lagu-lagu balada
Dan salah satu daripada lagu yang Siti sampaikan ini
Membawa kenangan manis bagi Siti di dalam juru lagu
Yang kali pertama Siti sukai
Terimalah Jerat Percintaan, Purnama Merindu, Nian Di Hati
♪
Dalam pertemuan ini
Kita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan
Aku telah jadi lupa
Siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaanmu
Tapi pabila aku sedar diri
Siapakah aku ini?
Aku bertanya sendiri
Apakah akan terjadi?
Ohh, apakah kita kan teruskan?
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban?
Demi pertahankan kebahagiaan
♪
Haa-aaa
Haa-aaa
Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya di bibir saja
Bersungguhkah rindu yang engkau pamirkan
Ataukah sekadar lakonan
Rindu
Telah melekat dalam hatiku
Walau awan lalu
Rinduku tak berubah arah
Purnama mengambang cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu rindu yang mencengkam di hatiku
Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi merinduku, hoo
(Aku meminta pada yang ada)
Hoo, aku merindu pada yang kasih
(Aku merayu) padamu yang sudi merinduku
♪
Boleh nyanyi sama-sama?
Suburnya nian sukar dimadah
Mekar jiwa dilamar mimpi
Kasih sepantun tulisnya sudah
Hanya rindu ikatan hati
Berlumpur intan seri masih bertandang
Bagai bulan di pagar bintang
Angin berderu ombak mengalun
Melambai daun sedang rimbun
Sarat di hati rindu ditanggung
Air mataku tak terbendung
Dikau ku sanjung cinta suci terulung
Di jiwaku semakin ranum, uuh
Terpadamlah gundah di hati
Setenangnya air di kali
Hilanglah resah terpancar naluri
Janji yang di ikat teguh berdiri
Lafazlah sejujur hatimu (lafazlah sejujur hatimu)
Setulus halusnya budimu
Damaimu sesudah gerimis (damaimu sesudah gerimis)
Bawa daku bersama meniti pelangi
Ku yakin di sana menanti
Mahligai kencana abadi
Asli
(Selimut cinta aroma) harum kasturi
Kasihmu beraja (di hati)
Kasihku bertahta (di jiwa)
Walaupun tiada di mata
Cintamu tetap sebati
Sungguh bererti kasih dan sayang
Seribu sumpah kau tunaikan
Cinta berkurun kasih berzaman
Kerana sayang kuturutkan
Guruh di laman umpamanya gurindam
Mengusap di hati yang rawan
Haa-aaa
Haa-aaa
Haa-aaa
Haa-haa-haa-aaa
Haa-haa-aaa-aaa
Haa-haa-haa-aaa
♪
Haa-aaa
Haa-haa-haa-aaa
Haa-haa-haa-aaa
Haa-haa-aaa-aaa