歌曲 / 歌词

Radio Malaysia (Sudirman Concert)

Listen on Apple Music

歌词

Oke, para hadirin
Baju bendera memang cukup sinonim
Dengan Allahyarham Sudirman Haji Arshad
Dan ia mengambarkan betapa tingginya
Semangat patriotik Allahyarham
Dan, hari ini saya turut memakai baju bendera
Dan saya ingin katakan kepada anda semua
Saya tak malu bahawa
Baju ini saya ilhamkan dari pada
Allahyarham Sudirman Haji Arshad
Dan saya ingin katakan juga
Cantik tak baju saya?
Terima kasih kepada-, oke, oke
Terima kasih kepada pereka baju saya
Orang yang sama, Din Wahab
Apa kata kalau kita dengarkan satu lagi
Lagu patriotik, oke
Dengarkan lagu ini, pasti anda suka
♪
Semenjak kecil dulu
Sejak ditimang ibu
Suka mendengar lagu
Lagu lama dan baru
Aha, aha, dengar radio
Aha, aha, dengar radio
Selamatlah Malaysia Raya
Negaraku yang kucintai
Sesungguhnya gagah perkasa
Negaraku indah murni
Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa
Bila aku remaja
Ibu, bapa tiada
Tinggalkanku pusaka
Yang semakin kucinta
Aha, aha, dengar radio
Aha, aha, dengar radio
Kita lawan musuh kita
Walaupun siapa sahaja
Percayalah Malaysia merdeka selamanya
Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi
Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa Malaysia berjaya
Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur, rakyat mewah
Kita sudah berjaya
Dewasa aku kini
Semakin ku mengerti
Sejarah suka duka
Di negara tercinta
Aha, aha, dengar radio
Aha, aha, dengar radio
Kenali Malaysia
Cintai Malaysia
Mudahnya, hoo