歌曲 / 歌词

Anak Gembala (Sudirman Concert)

Listen on Apple Music

歌词

Oh, akulah anak gembala
Merentas segenap desa
Ke gunung, padang, dan lurah
Dari pagi hingga senja
Berbekalkan tongkat rotan
Rotan jati dari hutan
(Ah-ah, ah-ah)
(Ah-ah, ah-ah)
Oh, akulah anak gembala
Merentas sungai dan rimba
Beginilah tiap masa
Tapi hatiku gembira
Bertemankan kambing tua
Lembu jantan dan betina
(Ah-ah, ah-ah)
(Ah-ah, ah-ah)
Ibu sangat sayang kepadaku
Membekal pengat dan susu
Untuk mengalas perutku
Ayah memberi seruling tua
Untuk menghiburkan hati
Bila terasa sunyi
Oh, tiada siapa yang tahu
Nun jauh tinggi di gunung
Buah hatiku menunggu
Gembala seperti aku
Dia suka kepadaku
Aku suka kepadanya
(Ah-ah, ah-ah)
(Ah-ah, ah-ah)
Sama-sama tepuk tangan, boleh
Kalau nak menyanyi pun boleh
Duri di kaki, peluh di dahi
Pacat dan lintah, teman biasa
Berladang, bersawah, ku membantu Ayah
Bila tamat sekolah, hijrah ke kota
Ikan yang di kali, ular melata
Mahal sekali di tengah kota
Jikalau begitu, elok di sana
Jika nak menjamu, cari sahaja
Ku budak kampung (budak kampung)
Kau budak kampung (budak kampung)
Hoi, orang kampung di tengah kota
Ku budak kampung (budak kampung)
Kau budak kampung (budak kampung)
Hoi, oh, orang kampung, apa khabarnya?
Hai, oh, orang kampung, jangan kau lupa
Hai kau, budak kampung, Ibu dan Ayah
Ingin bertani, hidup bertani
Segar, bermandi air telaga
Memang di kampungku asal-usulku
Biarpun di barat, kan ku pulang jua