歌词
Keliru (keliru), keliru (keliru)
Mengapa dalam terluka aku masih merindu
Dirimu (dirimu), dirimu (dirimu)?
Apa khabarmu di sana, adakah kau juga merinduku?
Terasa berat tanggunganku menatang rindu
Acapkali kau menjelma di dalam fantasiku
Di serambi pilu terdiam membisu
Sedekad yang melewati ku kekal keliru
Bertanya mengapa di mana kau berada
Berserakan soalan bercerana dalam dada
Mengapa kini kau puncanya segala dilema?
Mengapa kini kau puncanya ku lena tak lena?
Takkan kulupa detik jeda berlima
Mengharungi dunia ku terharu terkesima
Walaupun seketika kau satunya adiwira
Segenap daya melimpah kasih dan kuterima
Namun begitu segalanya sementara waktu
Menora menjeratku diperdaya termin lalu
Pilihan digentas tanpa ruang untuk kurayu
Kesudahannya sayu bila dibayang namamu
Keliru (keliru), keliru (keliru)
Mengapa dalam terluka aku masih merindu
Dirimu (dirimu), dirimu (dirimu)?
Apa khabarmu di sana, adakah kau juga merinduku?
Teringat dahulu kala kau pernah mengajar
Ku dituntun erti bersabar tika berlapar
Dijadikan iktibar agar tak tersasar
Tak dikasar pun tercalar perih apakah wajar?
Sejak detik terpisah tak sekali pun dikisah
Cuma di balik kaca kau cuba berani singgah
Mencerap tanpa kesah, serta mengunci lidah
Tiada tahniah, tiada hadiah, tiada khabar yang indah
Sanggupkah kau melihat ku terluka?
Sendirian tanpa dirimu ku keliru
Kubiarkan pintu hati terbuka
Menantikan kepulanganmu
Keliru (keliru), keliru (keliru)
Mengapa dalam terluka aku masih merindu
Dirimu (dirimu), dirimu (dirimu)?
Apa khabarmu di sana, adakah kau juga merinduku?
Teratak kita kelam dan sunyi
Masih berpenghuni cuma bagaikan tersembunyi
Pelbagai derita dalam hasrat mencita
Hidup lama gelita tiada lagi yang jelita
Tanpa raja yang di sisi, mama mengambil posisi
Percayakan intuisi tanpa mengira kondisi
Meski mimpi ditangisi kerap membutakan visi
Apa maksud mithali ku tercari definisi
Darah sama darah takkan dipisahkan
Ku pasti ada yang mahu kau ceritakan
Di bawah neon berkepul berbilion ion
Bergelut cari zion jah beri ku perhatian
Keliru, keliru
Mengapa dalam terluka aku masih merindu
Dirimu (dirimu), dirimu (dirimu)?
Apa khabarmu di sana, adakah kau juga merinduku?