歌词
Uu-uuh
Uu-uuh
Hm-mmm
Kini telah tiba masanya
'Tuk kita berbicara
Tentang hubungan ini
Yang makin dingin dan menyepi
Teman-temanku membawa berita
Cerita kecuranganmu
Namun kumasih mampu
Masihku bertahan kerana
Aku masih setia
Namun kesabaranku ada batasnya
Mungkin jua kerna
Aku masih menyintai
Bukanku menyalahkan
Hanya sekadar ingin mengingatkanmu
Agar cinta ini
Kembali bahagia
Semakin kusut kurasai
Hari berganti hari
Engkau terus membisu
Egomu makin membelenggu
Apakah aku yang keliru?
Bingung dikaburi cemburu
Atau sememangnya dirimu
Sebenarnya sebegitu
Aku bukan boneka
Yang bisa kau lakukan semahunya
Namun cinta ini
Kupertahankan kerana
Aku masih setia
Di sudut hatiku masih percaya
Dikau kan kembali
Seperti semula
Hoo-ho-oo
Aah ho-uo-ho-oo
Aku bukan boneka
Yang bisa kau lakukan semahunya
Namun cinta ini
Kupertahankan kerana
Aku masih setia
Di sudut hatiku masih percaya
Dikau kan kembali
Seperti semula