歌曲 / 歌词

Sudah Takdir Begitu

Listen on Apple Music

歌词

Hidup ibarat di dalam sangkar
Mata terlepas, batinku tersiksa
Rindu membara dan kian membakar
Di pinggir hati yang sengsara
♪
Masihkah dapat aku hiaskan
Cintamu itu di taman hatiku?
Kepada Tuhan 'ku terus berdoa
Agar kembali ketenangan
♪
Walaupun kusedari hebatnya dugaan
Namun hatiku menaruh harapan
Sering kali 'ku terasa inginnya kuulangi
Saat yang indah bersama dirimu
Kasih yang bersarang di hati
Wangi bagai harum kasturi
Seandainya takdir mengizinkan
Relanya aku menyambung semula
Ikatan yang telah putus dulu
Bukan niat kita untuk berpisah
Tetapi keadaan yang memaksa
Lalu kita pun masih terus saling merindu
Kerana sudah takdirnya begitu
♪
Kasih yang bersarang di hati
Wangi bagai harum kasturi
Seandainya takdir mengizinkan
Relanya aku menyambung semula
Ikatan yang telah putus dulu
Bukan niat kita untuk berpisah
Tetapi keadaan yang memaksa
Lalu kita pun masih terus saling merindu
Kerana sudah takdirnya begitu
Hidup ibarat di dalam sangkar
Mata terlepas, batinku tersiksa
Rindu membara dan kian membakar
Di pinggir hati yang sengsara